Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Sebagai persediaan untuk guru untuk menyediakan murid berpotensi menghadapi peperiksaan SPM, berikut adalah Modul Pecutan SPM SBP. Modul ini sesuai untuk murid yang mendapat 40 markah dan ke bawah semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Percubaan SPM. Modul ini cuma menumpukan beberapa topik sasaran supaya murid mampu untuk mencapai gred C+ atau sekurang-kurangnya lulus dalam peperiksaan SPM nanti.

Kaedah pelaksanaan modul adalah seperti berikut:

  • MODUL BENGKEL (1 set) : Modul ini digunakan semasa bengkel. Setiap pelajar menjawab setiap soalan diikuti dengan perbincangan guru. Guru mengulas/ berbincang konsep dalam ‘Lanjutkan Perbincangan’. Naskhah guru boleh dimuat turun di sini. Tempoh perbincangan yang dicadangkan ialah Kertas 1 (2 jam) dan Kertas 2 (2 jam).
  • MODUL PENGUKUHAN (4 set) : Dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan guru. Catatkan kehadiran murid. Bimbinglah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Set ke-4 dicadangkan menjadi Mock-Test sebelum Modul Penilaian dilaksanakan.
  • MODUL PENILAIAN (1 set) : Penilaian/ Ujian dilaksanakan mengikut standard peperiksaan. Tempoh menjawab ditetapkan, Kertas 1 (2 jam) dan Kertas 2 (2 jam). Periksa kertas jawapan murid, catat markah dan bandingkan dengan markah Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Percubaan.

Terima kasih diucapkan kepada semua penggubal modul , kita doakan supaya mereka dilimpahi rahmat dan dimurah rezeki atas usaha mereka membina modul ini.

Related Post

9 Responses

  1. An impressive share, I just given this onto a colleague who was doing a little analysis on this. And he in fact bought me breakfast because I found it for him.. smile. So let me reword that: Thnx for the treat! But yeah Thnkx for spending the time to discuss this, I feel strongly about it and love reading more on this topic. If possible, as you become expertise, would you mind updating your blog with more details? It is highly helpful for me. Big thumb up for this blog post!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *