cikguJEP & GeoGebra
Akhir tahun lepas saya telah diperkenalkan dengan GeoGebra secara rasmi oleh pegawai dari Bahagian Perkembangan Kurikulum. Walaupun pernah mendengar tentang perisian ini tetapi tidak pernah mencuba kerana paradigma masih pada Geometers Sketchpad (GSP).
Pertama kali membukanya – voilà! tanpa segan silu antara mukanya yang simple dan kemas mula menarik perhatian.
Bahan saya banyak dalam format GSP, jadi tidak boleh secara total saya terus bertukar kepada GeoGebra. Masih dalam memindahkan bahan dari GSP ke GeoGebra. GeoGebra adalah perisian PERCUMA yang boleh terus didownload dari laman sesawang www.geogebra.org. Tetapi dalam situasi di Malaysia, lesen GSP untuk versi 4.05M telah pun dibeli oleh KPM. Lesen ini boleh digunapakai untuk semua guru dan pensyarah di universiti awam, kolej universiti dan institut perguruan. Malah termasuk lebih 5 juta pelajar dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara. Namun demikian, versi GSP yang terbaru sekarang adalah versi 5.
Berbalik pada perisian GeoGebra tadi. Memandangkan GeoGebra adalah open-source, jadi bahan perkongsian sangat banyak dan boleh didapati terus dari www.geogebratube.org. Menariknya GeoGebra, ianya mempunyai Applet Start yang mana pengguna tidak perlu install perisian ke desktop tetapi terus menggunakannya dari web browser. Cuma pastikan komputer anda ada JAVA.
Dan seperti mana mana syarikat korporat lain yang tergugat dengan perisian open-source, pihak Key Curriculum Press Technology mengeluarkan satu artikel perbandingan antara GSP dan GeoGebra, boleh dilihat di sini. Baca dan nilai.
Saya sertakan salah satu contoh penggunaan GeoGebra dalam menerang 11 bentuk bentangan kuboid…