Tentang Saya
cikgujep adalah cikguJEP…
Saya, ZEFRY HANIF BIN BURHAM @ BORHAN, dilahirkan di Tangkak, Johor pada hari Isnin 22 Jamadil Akhir 1401 bersamaan 27 April 1981.
Mendapat pendidikan awal di 3 buah sekolah rendah; SK Ledang, SK Sagil Kampong dan SK LKTP Air Tawar 5. Bersekolah menengah di SMK Semenchu, SMK Tun Mamat dan SMK Teknik Bukit Piatu. Melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Pendidikan Matematik dan Komputer. Karier sebagai Guru di Sekolah Sultan Alam Shah sejak 2003 sehingga sekarang. Mendapat pengiktirafan sebagai Guru Cemerlang pada tahun 2010.


