Polemik: Kalkulator 570ES

Polemik: Kalkulator 570ES

jan11mt7

“Cikgu, boleh ke pakai kalkulator fx-570ES tu untuk guna dalam exam nanti?”

“Tahun lepas kami dilarang menggunakan fx-570ES tu dalam peperiksaan. Cuma boleh guna fx-570MS yang kelabu gelap tu aje”

Ada beberapa perdebatan dalam membenarkan murid menggunakan kalkulator fx-570ES dan fx-570ES PLUS dalam peperiksaan dengan alasan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kalau mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 6/2002, Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan menyatakan spesifikasi am kalkulator yang boleh digunakan dalam peperiksaan:

  1. Mematuhi prinsip pengiraan operasi Matematik.
  2. Mempunyai paparan sekurang-kurangnya 8 digit dengan tambahan 2 digit eksponen.
  3. Tidak boleh diprogramkan.
  4. Boleh menukar unit darjah kepada unit radian dan sebaliknya.
  5. Boleh menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya.
  6. Boleh menyimpan nilai sesuatu nombor (memory).

Berikut adalah spesifikasi fx-570ES (dipetik dari laman web rasmi Casio)

Screen Shot 2013-02-28 at 9.24.22 AM

Ramai salah sangka bahawa 570ES tidak boleh digunakan dalam peperiksaan kerana ianya boleh diprogramkan. Kalkulator 570ES dan 570ES PLUS tidak termasuk dalam kategori kalkulator yang boleh diprogramkan. Kalkulator jenama Casio yang boleh diprogramkan setakat ini cuma fx-5800P, fx-50F PLUS, fx-50FH, fx-3650P, fx-3950P dan fx-4500PA; yang mana kesemuanya mempunyai PROGRAM FUNCTION. SOLVE FUNCTION yang terdapat dalam fx-570MS, fx-570ES dan fx-570ES PLUS tidak termasuk dalam fungsi yang boleh diprogramkan.

Beberapa polemik berkenaan penggunaan fx-570ES dan fx-570ES PLUS dalam peperiksaan timbul apabila pada tahun 2009, Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di sebuah sekolah tidak membenarkan penggunaan fx-570ES dalam dewan peperiksaan.

CalonSPMdihalanggunakalkulator

dan berikut adalah respon dari Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia berhubung isu terbabit (atau klik disini untuk muat turun keratan akhbar)

Calon SPM boleh guna kalkulator ikut spesifikasi

Kementerian Pelajaran ingin merujuk kepada surat pembaca bertajuk ‘Calon SPM dihalang guna kalkulator’ yang disiarkan pada 24 November 2009 yang lalu.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan kementerian ingin mengucapkan terima kasih dan mengambil maklum mengenai keprihatinan terhadap perkara ini.

LPM dan kementerian ingin menjelaskan bahawa setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan untuk membawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

Untuk makluman, syarat penggunaan kalkulator adalah seperti dalam syarat yang ada dalam buku peraturan dan panduan peperiksaan SPM 2009.

Spesifikasi am bagi kalkulator yang dibenarkan adalah seperti berikut:

# Mematuhi prinsip pengiraan operasi matematik

# Mempunyai paparan sekurang-kurangnya 8 digit dengan tambahan dengan 2 digit Eksponen

# Tidak boleh diprogramkan

# Boleh menukar unit darjah kepada unit radian dan sebaliknya

# Boleh menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya

# Boleh menyimpan nilai sesuatu nombor (memory)

Oleh yang demikian hanya ciri-ciri yang digariskan ini saja dibenarkan. LPM tidak dapat memperincikan jenis atau jenama kalkulator yang tepat yang boleh dibawa oleh calon ke dalam dewan/bilik peperiksaan kerana terlalu banyak ciri-ciri dan jenis kalkulator yang ada di pasaran.

Bagaimanapun, kalkulator Casio fx570ES dan Casio fx570MS memenuhi spesifikasi di atas dan boleh digunakan untuk peperiksaan. Sehubungan itu, maka diputuskan bahawa calon dibenarkan membawa masuk kalkulator Casio fx570ES atau Casio fx570MS ke dewan/bilik peperiksaan bagi kertas Matematik Tambahan 1 dan 2 yang berlangsung pada Rabu, 25 November lalu.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

16 Comments

  1. jannaty aqeylah  /  August 16, 2014, 10:57 PM Reply

    Kalau kalkulator jenama canon F-718SA mcm mana pulak? Boleh ke bawak masuk exam ??

    • cikgujep  /  August 21, 2014, 12:45 AM Reply

      Hello Jannaty, saya dah semak spesifikasi Canon F-718SA. Fungsi hampir sama seperti Casio fx570 dan bukannya kalkulator yang boleh diprogramkan. Jadi kalkulator tersebut dibenarkan penggunaannya semasa peperiksaan.

  2. ECS  /  September 23, 2014, 4:16 PM Reply

    Kalkulator Canon F-789SGA boleh bawah ke peperiksaan SPM??

    • cikgujep  /  September 24, 2014, 8:11 AM Reply

      Hi ECS, saya baru semak spesifikasi Canon F-789SGA. Semaklum saya spesifikasinya menyamai Casio fx570ES. Jadi saya percaya ianya boleh digunakan semasa peperiksaan SPM.

    • Marylouise  /  May 18, 2017, 3:55 AM Reply

      Real brain power on diyslap. Thanks for that answer!

  3. alisa  /  January 7, 2016, 9:10 PM Reply

    hi cikgu
    saya nak tanya calculator canon f-788sg boleh guna dlm spm tak?
    terima kasih

    • cikgujep  /  February 13, 2016, 7:42 PM Reply

      setakat pengetahuan saya, Canon f-788sg termasuk dalam kelompok yang boleh digunakan dalam peperiksaan SPM

      • izzul  /  July 29, 2016, 11:51 PM Reply

        terima kasih

    • Prudence  /  May 18, 2017, 2:54 AM Reply

      That’s a wehh-tlouglt-out answer to a challenging question

  4. med  /  April 14, 2016, 8:46 PM Reply

    Bagaimana pula dengan casio fx-991es plus? Terima kasih cikgu

    • cikgujep  /  September 10, 2016, 11:05 AM Reply

      Berdasarkan spesifikasi fx-991es plus sama seperti fx-570es plus, cuma tambahan kuasa solar.

  5. Harmizee Mohamed  /  October 20, 2016, 10:16 AM Reply

    Sepatutny hany bole fx350ms sahaja… Kementerian mmg menggalakkn student supaya tidak gunakn otak.. Tu la sebab studnt yg trhasil skrg ni only so so even score strait a kononnya… Dan yg lbh patut klu JANGAN BENARKAN CALCULATOR LANGSUNG… ATAU klu nak juga bg guna, tolong bg guna yg digunakn di psr mlm atau mana2 kdai runcit… ONLY BASIC BODMAS…

    • Zarith Harsyah  /  October 20, 2016, 4:08 PM Reply

      Kebanyakan pelajar sekolah tinggi di luar negara dah mula dibenarkan guna kalkulator grafik. Malaysia masih lagi menggunakan kalkulator saintifik.
      Untuk penerokaan yang lebih mendalam dalam ilmu sains dan matematik, kita tak boleh menafikan teknologi dalam proses pembelajaran.
      Dalam nak sesuaikan anak anak kita dengan peredaran zaman, kita tak boleh duduk dalam tempurung. Apa yang boleh pihak KPM buat ialah menggubal soalan yang lebih pada penerokaan dan bukan direct dapat jawapan pada kalkulator.

  6. Cah  /  November 4, 2016, 1:16 PM Reply

    salam cikgu, calculator fx570es plus boleh bwa time spm tk?

  7. maisarah  /  January 21, 2017, 1:15 PM Reply

    Salam cikgu saya asa soalan yang sama dgn pengomen atas ni .calculator fx-570 ES Plus boleh guna dalam exam spm ke?

  8. Adib  /  February 26, 2017, 9:36 AM Reply

    Salam cikgu, calculator canon fx-570EX boleh bawa ke dalam spm?tq

Leave a Reply to ECS Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seo seo consulting escalateseo seo basics seo tools seo tips seo tutorial seo services google seo seo software seo forum