Bidayatul Hidayah

Bidayatul Hidayah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Kali ini, eloklah saya post sesuatu yang lebih serius. bak kata Ling Ling Wonder Pets,

“ini sirriiuusssss…”


Mengulas buku Panduan Amalan Harian “Bidayatul Hidayah oleh Hujjatul Islam, Imam al Ghazali Rahimahullah Taala. Sebuah buku yang lengkap untuk dari saat anda baru bangun tidur hinggalah tidur semula. Dengan erti kata lain, panduan lengkap hidup sebagai khalifah di bumi Allah yang bertuah ini.

Imam Ghazali ada memberi peringatan kepada kaum guru dan pendidik ni dalam Adab-adab Seorang Guru

Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:

  1. Ihtimal iaitu banyak sabar menanggung kesusahan.
  2. Lambat marah.
  3. Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
  4. Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
  5. Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
  6. Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.
  7. Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
  8. Membimbing murid yang bebal.
  9. Tidak memarahi murid yang bodoh.
  10. Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’
  11. Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
  12. Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
  13. Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.
  14. Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.
  15. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

Dalam adab guru dari bil 1 hingga 15, saya ada masalah dalam merealisasikan nombor 2 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seo seo consulting escalateseo seo basics seo tools seo tips seo tutorial seo services google seo seo software seo forum