Android Apps: AndieGraph

Android Apps: AndieGraph

Saya telah highlight dalam beberapa artikel sebelum ini tentang kalkulator grafik. Saya memahami rata-rata guru dan pelajar tidak mampu untuk membeli disebabkan harga sebuah kalkulator grafik dalam lingkungan RM500 ke RM800 bergantung kepada model. Contohnya model kalkulator grafik TI84-plus dari Texas Instrument berharga RM660 di MPHonline.

Baru-baru ini, saya berpeluang menggunakan satu apps kalkulator grafik untuk sistem operasi Android. Menariknya ianya PERCUMA. apps ini boleh didownload dari Google Play Store.

Screen Shot 2013-02-06 at 12.13.01 PM

Malangnya Andie Graph tidak menyediakan fail imej ROM untuk apps ini kerana Andie Graph adalah perisian emulator dan anda memerlukan imej ROM untuk membolehkan Andie Graph berfungsi.Namun demikian, ROM boleh didownload terus dari web ticalc. Antara imej ROM yang boleh didownload adalah TI-82, TT-83, TI-84 plus, TI-85, TI86, TI89 dan TI92. Tetapi Andie Graph cuma boleh digunakan untuk siri TI-8x iaitu TI-82, TT-83, TI-84 plus, TI-85 dan TI86.

screenshot

ss-2-320-480-160-0-226f536a4dacfb42d39d9f9f87b1baeaea11be7b

Secara peribadi, penggunaan grafik kalkulator di apps Andie Graph tidak ada bezanya berbanding menggunakan kalkulator grafik yang sebenarnya. Dan jika adapun mungkin dari segi saiz. Tapi apa ada hal, kalau anda rasa menggunakan Andie Graph di Galaxy S3 terasa kecil, install Andie Graph di tablet anda… voilà

info tambahan: Modul pembelajaran, Learning Mathematics Using  TI-84 Plus Graphing Calculator  terbitan Bahagian Perkembangan Kurikulum boleh dimuat turun di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seo seo consulting escalateseo seo basics seo tools seo tips seo tutorial seo services google seo seo software seo forum