F1inSchools: SASRT hingga VR

F1inSchools: SASRT hingga VR

Esok, 14 November 2010 bermula pertandingan F1inSchools peringkat kebangsaan… rasa macam dah sangat letih dengan F1inSchools. Membimbing pasukan F1inSchools sejak tahun 2005; dari pasukan SAS Racing Team sehinggalah Venom Racing sangatlah meletihkan…

2005: SAS Racing Team (SAS RT)

Pasukan pertama Sekolah Sultan Alam Shah 🙂 Banyak belajar sepak terajang dunia F1inSchools masa ni… bermodalkan hanya RM4500.00 berjaya merangkul tempat ketiga dalam peringkat kebangsaan.

2006: Warriors Turbo Imperial (WTi)

Pasukan kedua SAS, letih 2005 belum hilang masa ni 🙂

2007: Aero Limiter Virtuoso (ALV) a.k.a Team Frontier

Pasukan pertama yang berjaya ke peringkat antarabangsa… merangkul tempat kedua dan Anugerah Kereta Terpantas di peringkat Zon. Di peringkat Kebangsaan, merangkul tempat kedua (lagi?) dengan perbezaan mata dengan pasukan pertama sebanyak 0.3 mata dan Anugerah Kereta Terpantas. Maka layaklah kami mewakili Malaysia di peringkat antabangsa… pertandingan antarabangsanya di Malaysia 😀

2008: Ultimate Crusaders (UC)

Pasukan kontroversi hehehe… merangkul tempat kedua dan Anugerah Kejuruteraan Terbaik di peringkat zon. Di peringkat kebangsaan merangkul tempat pertama dan Anugerah Kejuruteraan Terbaik. Walaupun menang, saya dimaki oleh seorang bapa dari team lawan sebab tak puas hati anak dia tak menang 🙂 Saya maafkan dia sebab dia orang tua; pesan saya pada pakcik, “ini permainan budak-budak, orang dewasa janganlah emo”…

Maka terbanglah kami ke UK mewakili Malaysia dengan susah payah… yeay, dapat pergi UK hahaha

2010: Venom Racing (VR)

Mungkin pasukan terakhir dibimbing saya… lepas ni bersara. tunggu jelah pertandingan esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seo seo consulting escalateseo seo basics seo tools seo tips seo tutorial seo services google seo seo software seo forum